Thursday, September 25, 2014

Pengambilan Goddies

Pengambilan Goodies Bag
Perhatian Kepada semua peserta Hari pengambilan Goodies Bag sebagaimana berikut :-
Tarikh : 27 September 2014
Hari : Sabtu
Jam : 2.00 pm - 6.00 pm
Tempat : Mutiara Gombak

Lokasi google Maps 




Monday, September 8, 2014

Sektor 2 Mimaland

Trail Mimaland Sektor 2 sudah dibersihkan. Insyallah peserta Mimaland boleh berkayuh dengan selesai.

Kami sempat rakam beberapa keping gambar untuk trail mimaland di sektor 2








Friday, September 5, 2014

Kerja-kerja sebelum jamboree mimaland

Sabtu 6 September 2014.

Crew Jamboree Mimaland 2014 buat persiapan sebelum Program.























Wednesday, September 3, 2014

Contoh Printing Baju Jamboree Mimaland

T-Shirt Jamboree dalam proses printing. Semalam kami dapat sample printing.  Kami share di sini untuk pra tonton ...



Tuesday, August 26, 2014

KAYUHAN AMAL GAZA 2014



Nasib saudara kita di Gaza harus dibela. Oleh itu ACC Gombak dengan berbesar hati menjemput tuan-tuan semua untuk sama-sama beramal bersama kami menyumbang tabung GAZA sambil manjalankan aktiviti yang sihat.

Maklumat Program kayuhan sebagaimana yang dilampirkan di bawah. Kepada mereka yang berminat untuk sertai. Jom, jangan lepaskan peluang beramal sambil " Test trail Mimaland "  Trail Jamboree Lost World Of Mimaland 2014.


Maklumat Program

Tarikh : 31 Ogos 2014
Hari : Ahad
Masa : 8.00 pagi
Tempat Berkumpul : NZ Curry House Mutiara Gombak

* Mohon untuk membawa tool tambahan
* Wajib menutup aurat bagi yang muslim




Monday, June 23, 2014

Aktiviti Riki Trail Mimaland

Hujung minggu kami sempat riki sebahagian trail jamboree mimaland.








Bermula di hadapan NZ Mutiara Gombak. Disini adalah cadangan Starting  Lost World Of Mimaland, Mini Jamboree 2014


Sebahagian Offroad. salah satu jentera peserta menghadapi masalah teknikal.  ( Rantai putus )




First Climbing. Selesai.


laluan Terowong.



Aktiviti bersurai Jam 1.00 pm di Mutiara Gombak 

Terima kasih kepada yang menyertainya. Tunggu Video Trail daripada Kami.

Tuesday, June 17, 2014

Pendaftaran Secara Berkumpulan



Bagi yang ini mendaftar secara berkumpulan. Boleh hantarkan kepada email List dalam excell

Maklumat-maklumat yang perlu ialah :


1. Nama
2. Size Baju
3. No IC
4. No Tel
5. Size Baju


Seterusnya sila buat pembayaran ke akaun Maybank
ACCG EVENT MANAGEMENT 564221631238


emailkan bukti pembayaran kepada 
accgombak@gmail.com

Kami akan update maklumat anda dari masa ke semasa.


Sunday, June 15, 2014

Cadangan T-Shirt Jamboree

Cadangan T-Shirt Jamboree. Ini adalah design Hadapan.

* Tertakluk kepada perubahan.

Saturday, June 14, 2014

Pembayaran Jamboree Mimaland

Makluman yang sudah mendaftar Jamboree "LOST WORLD OF MIMALAND: MINI JAMBOREE 2014"  boleh buat pembayaran ke akaun Maybank ACCG EVENT MANAGEMENT (564221631238) sila emailkan bukti pembayaran ke email accgombak@gmail.com.

Kepada yang belum mendaftar lagi. tuan boleh berbuat demikian dengan klik link  http://jamboreemimaland2014.blogspot.com/p/pendaftaran.html

Dan selepas pendaftaran sila semak list nama dan size t-shirt anda di http://jamboreemimaland2014.blogspot.com/p/senarai-peserta.html

Mohon kerjasama daripada tuan-tuan semua.

Jom kita berbasikal :)


Wednesday, May 28, 2014

Lokasi Mutiara Gombak

Kedudukan Lokasi Mutiara dari Tol Gombak.





Kedudukan dari Giant Batu Caves/


Thursday, May 22, 2014

Berbasikal oh berbasikal..

Daripada Abi Hurairah, berkata: Bersabda Rasulullah SAW maksudnya: “Orang mukmin yang kuat lebih baik dan lebih disukai oleh Allah daripada orang mukmin yang lemah: pada keduanya adalah baik. Bersungguh-sungguhlah mengerjakan ketaatan kepada Allah dan  mohonlah pertolongan kepada-Nya dan janganlah engkau merasa lemah. Jika engkau ditimpa sesuatu musibah janganlah engkau ucapkan kalau 
aku berbuat demikian tidak berlakulah musibah itu, tetapi ucapkanlah Allah telah mentakdirkannya dan apa yang Allah kehendaki pasti berlaku. Sesungguhnya perkataan kalau boleh membuka ruang kepada amalan 
syaitan”. 

Sukan basikal juga merupakan salah satu cara untuk menguatkan tubuh badan. Walaupun tiada hadis dan Nas al-Quran secara direct menyatakan berbasikal adalah ibadah. Tetapi dengan objektif dan niat menguatkan tubuh badan maka ia  juga merupakan ibadah dan insyallah layak mendapat pahala sekiranya kita menjaga tatasusila ketika bersukan.

Antaranya ialah penjagaan aurat ketika berbasikal. Bagi yang berminat untuk mendalami tentang panduan aurat ketika bersukan boleh klik link ini.http://www.islam.gov.my/sites/default/files/garis_panduan_atlet_-_cetak_22.10.12_0.pdf

Bagi ACCG kami mengambil berat soal aurat ketika berbasikal, supaya sukan yang kita lakukan ini merupakan suatu amalan di kira Ibadah. Sihat dapat pahala pun dapat.


Semoga dengan usaha yang kecil ini boleh memberi keberkatan dan ketenangan ketika kita melakukan aktiviti kayuhan. Selamat Berbasikal.

Friday, April 4, 2014

Tempat Menarik Sekitar Gombak

  1. Batu Caves
  2. Royal Selangor Pewter
  3. Hutan Lipur Sungai Tua
  4. Kampung Orang Asli Batu 12 Gombak
  5. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
  6. Kem Modal Insan Kewaja Taman Seri Gombak
  7. Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM)
  8. Sungai Rumput Batu 12 Gombak
  9. Alang Sedayu (Kawasan Perkhemahan) Batu 12 Gombak
  10. Genting Hidayat (Air Terjun) Batu 18 Gombak
  11. Hutan Lipur Templer Park
  12. Kolam air panas selayang
  13. Taman metropolitan (tempat permainan layang-layang)

Sekitar Gombak

Gombak merupakan salah satu daerah di negeri Selangor yang diwujudkan pada 1 Februari 1974 serentak dengan penubuhan Kuala Lumpur sebagai Wilayah Persekutuan. Daerah Gombak kini ditadbir oleh Majlis Perbandaran Selayang dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya.

Daerah Gombak merangkumi kawasan- kawasan yang disusun semula seperti berikut :

Sebahagian Mukim Ampang - Peralihan daripada daerah Hulu Langat
Mukim Ulu Klang - Peralihan daripada daerah Kuala Lumpur
Sebahagian Mukim Setapak - Peralihan daripada daerah Kuala Lumpur
Sebahagian Mukim Batu - Peralihan daripada daerah Kuala Lumpur
Mukim Rawang - Peralihan daripada daerah Hulu Selangor & Kuala Selangor
Daerah ini terletak di kawasan Lembah Klang dan bersempadanan dengan :

Daerah Hulu Selangor di sebelah Utara
Wilayah Persekutuan dan Daerah Hulu Langat di sebelah Selatan
Daerah Kuala Selangor di sebelah Barat
Daerah Petaling di sebelah Barat Daya
Negeri Pahang Darul Makmur di sebelah Timur laut
Keluasan Daerah Gombak merangkumi 65,008 Hektar. Keluasan ini adalah yang ketiga terkecil berbanding dengan daerah- daerah lain dalam Negeri Selangor.

Sumber : http://ms.wikipedia.org/wiki/Gombak