Friday, April 4, 2014

Sekitar Gombak

Gombak merupakan salah satu daerah di negeri Selangor yang diwujudkan pada 1 Februari 1974 serentak dengan penubuhan Kuala Lumpur sebagai Wilayah Persekutuan. Daerah Gombak kini ditadbir oleh Majlis Perbandaran Selayang dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya.

Daerah Gombak merangkumi kawasan- kawasan yang disusun semula seperti berikut :

Sebahagian Mukim Ampang - Peralihan daripada daerah Hulu Langat
Mukim Ulu Klang - Peralihan daripada daerah Kuala Lumpur
Sebahagian Mukim Setapak - Peralihan daripada daerah Kuala Lumpur
Sebahagian Mukim Batu - Peralihan daripada daerah Kuala Lumpur
Mukim Rawang - Peralihan daripada daerah Hulu Selangor & Kuala Selangor
Daerah ini terletak di kawasan Lembah Klang dan bersempadanan dengan :

Daerah Hulu Selangor di sebelah Utara
Wilayah Persekutuan dan Daerah Hulu Langat di sebelah Selatan
Daerah Kuala Selangor di sebelah Barat
Daerah Petaling di sebelah Barat Daya
Negeri Pahang Darul Makmur di sebelah Timur laut
Keluasan Daerah Gombak merangkumi 65,008 Hektar. Keluasan ini adalah yang ketiga terkecil berbanding dengan daerah- daerah lain dalam Negeri Selangor.

Sumber : http://ms.wikipedia.org/wiki/Gombak

No comments:

Post a Comment